Murah atau Mahal Ianya Saling Melengkapi.

Di bwh ni soalan femes.. xde mood nak jwb sebelum ni. Tp skrg tgh rajin. So sy hurai sikit. Ini fasa sy. Org lain mungkin x sama. So luaskan mindamu.

SOALAN:

PUAN DILA, sy follow puan dari awal. Sy tahu puan bermula dari online. Belajar bisnes online. Sy nak tanya puan, adakah kelas2 tu berbaloi. Ada yuran murah & ada yg mahal sgt. Apa bezanya blh bg pencerahan tak pd sy yg baru nak merangkak ni?

.

SAYA BG JWPAN DLM BENTUK PERUMPAMAAN LA SENANG YA.

.

1- Waktu sy baru nak merangkak, sy masih guna kereta buruk. Sy guna apa yg ada saja. Maksudnya guna saja dulu ilmu apa yg ada.

2- Dah ada modal sikit sy upgrade utk keselesaan bergerak, sy pakai kereta yg harga 50ribu. Myvi. So Upgrade lg ilmu tu.

3- Kena upgrade lg sb Waktu tu sy perlukan kereta yg lebih luas sb nak hantar stok pd agen.
Sy upgrade Estima Rm180k. Sekali lg, upgrade lg ilmu tu...

4- Sampai satu tahap sy perlu upgrade ke kereta yg lebih umph! Berdesup. lebih laju. Lebih power. Lebih comfort! Lebih byk faedahnya..
Apatah lg kereta tu utk kegunaan sy kembangkan lg bisnes sy. Setiap minggu ulang alik ke KL. Ulang alik KL-Trganu insyaallah bdn sy x sakit. Comfort 1st. So sy sambar la sebijik.

5- Estima perlu trade in utk ambil Vellfire. Kereta ni niat sy utk keluar bersama anak2. Utk keselesaan ank2 sendiri sb Allah htr rezeki kpd sy melalui ank2 juga. Asbab ank2 so apa salah buat mereka rasa lebih selesa.

6- Kereta Myvi, Mazda 3, BMW model lama sy ada, semua tu sy bg anak beranak sy pakai.

Fasa di atas, semua boleh bergerak. Tp bezanya pd faedah yg kita dapat.

Dari yg murah kpd yg lebih mahal. Faedah kita dpt semestinya berbezalah. Tak kan sama! Ulang taip... TAK KAN SAMA.

Bila dah dpt yg besar, yg kecil2 blh di share dgn org lain plk. Drpd tgk mereka merangkak mcm kita dulu? Apa salah kita hulur sikit apa yg kita ada.

Kdg perlu bwk yg besar. Kdg nak ke pasar bwk yg kecil pun ok..

Mula2, masuk kelas murah hingga upgrade yg bayaran mahal. Bila ilmu kita dah besar, ilmu kita yg kecil2 kita belajar dulu blh share dgn org lain plk.

Walaupun belajar dah ke level tertinggi pun, ada waktunya kita terasa nak masuk kelas yg sederhana sb ilmu x pernah habis.

Murah @ mahal ianya saling melengkapi.

SAYA BUKAN MAIN BELI JE SEBAB DAH ADA DUIT. SAYA BELI SEBAB IANYA BERMANFAAT UTK SY. Thats all -:)

Nampak tak? Kalau tak nampak jgk kena baca berulang2 kali sampai pahamlah.

Oklah baru nak masuk opis ni tertido td..hujan punya pasal. Dah lunch hour pun... 🌚

#MAMADIL2017

Penghargaan kepada Puan Dila

Comments