Petua untuk Mudah Bangun Solat Subuh

Hari ini saya akan kongsikan tips untuk mudah bangun solat subuh. Okay, boleh kita mulakan?


1. Tekad yang kuat

Saya yakin jika kita tekat untuk bangun subuh, tiada seorang pun boleh menghalang kita bangun solat subuh. " Tapi saya dah nekad bangun, tapi terjaga juga." Persoalannya, sudah cukup keazaman kita hanya bercakap di mulut sahaja. Cukupkah azam di mulut saja tapi tidak mempersiapkan apa-apa untuk mencapai azam itu.

Contohnya, kalau tidur malam dah lambat, tidak pula memasang alarm atau pesan supaya ahli keluarga dan kawan-kawan kejutkannya, mana mungkin dia boleh mengatakan " Saya mahu solat, tetapi nak buat macamana tak jaga juga dan tak dengar azan" Kalau takdak keinginan yang kuat untuk bangun, jangan haraplah nak dengar azan. Bahkan kalau dengar azan sekalipun, tetapi takdak kesungguhan utk bangun tetap ia tak akan bangun utk solat.

2. Jauhilah dosa

Orang yg mudah bangun solat subuh sudah tentu seorang yg berusaha menghiasi kehidupan hariannya di bawah naungan redha dan rahmat Allah. Maksudnya setiap minit dan saat hidupnya akan berusaha melaksanakan kebaikan dan menjaga dirinya agar tidak membuat suatu perkara yg boleh mengundang kemurkaan Allah.

Apabila hatinya bersih dan diwarnai zikullah, maka laungan " As-solatu Khairam Minan Naum" (solat lebih baik dari tidur) menjadi "alarm" utk dia segera mencari redha dan kasih sayang Allah.

"Tak mungkin kita besih dari dosa dan maksiat. Hari ni kita kan terdedah dgn pelbagai maksiat di sana sini"

Benar, maka banyakkanlah beristighfar mohon keampuanan Allah dan jagalah diri dari melakukan maksiat yg ada sekeliling kita. Takkan bila maksiat di sana sini, kita jadikan alasan utk turut membuat maksiat juga. Jadilah ikan di laut, walaupun dunia kehidupannya masin, tetapi isinya tidak masin. Sebelum tidur, muhasabahlah diri dan mohonlah keampunan Allah atas dosa dan maksiat sama ada disedari atau tidak yg kita lakukan sepanjang hari itu.

3. Banyak berdoa

Doa itu senjata mukmin. Terus berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa dan memudahkan kita bangun utk bangun solat subuh. Seringkali kita lupa utk berdoa sebelum tidur dan selepas bangun tidur, Itukan sunnah Rasul Salallahu Alaihi Wasallam. Berdoa dengan penuh yakin dan tidak berputus harap dengan kasih sayang Allah.

4. Tidur cara sunnah

Bila kita mengamalkan tidur cara Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam, disan ada keberkatannya. Dengan tidur cara Rasul, dengan izin Allah kita mudah utk bangun solat subuh

Bagaimana tidur cara sunnah Rasulullah?
-Tidur lebih awal
Antara wasiat Rasul Salallahu 'Alaihi Wassalam kepada umatnya ialah tidur selepas waktu isyak.

Comments