Resipi Kebahagian

Kebahagian itu seperti rama-rama. Semakin kita kejar, semakin ia terbang jauh dari kita. Tetapi, sekiranya kita mengalihkan perhatian kepada perkara lain, rama-rama itu akan datang dan singgah di bahu kita.

Jadi, apa yang dapat membantu kita mengecap kebahagian? Ini resepinya:

Mensyukuri Rahmat yang Kita Nikmati

Kebahagian bekerja dalam lingkaran menaik. Ia mendapat makanan daripada diri sendiri. Orang yang mengawasi perkara baik dalam hidup mereka adalah orang yang lebih sihat, aktif, produktif dan dipandang tinggi oleh orang lain. Hal ini membahagiakan saya, bukankah kita semua juga begitu? Jadi, ambil perhatian tentang apa yang betul dalam hidup kita dan lihat sekiranya keadaan tidak berubah menjadi lebih baik.

Pupuk Perhubungan 

Tidak dapat disangkal lagi, perhubungan dengan orang lain membawa kemakmuran dalam hidup kita. Perhubungan sosial yang kukuh dan perkongsian pengalaman membina asas yang membolehkan kebahagiaan mekar dalam hidup kita. Capai telefon, e-mel rakan lama kita.

Kenali Diri Sendiri dan Kejar Minat

Bagi mengecap kebahagiaan, mula-mula kita perlu mengetahui apa yang menyebabkan kita bahagia. Mungkin mutiara kata nukilan seorang ahli falsafah Jerman bernama Goethe dapat menbantu. Sebaik sahaja kita mempercayai diri sendiri, kita akan tahu bagaimana untuk hidup. 

Terus Belajar 

Hari kita berhenti berkembang adalah hari kita berhenti melangkah. Nyata sekali, orang yang mempunyai matlamat dan menghadapi cabaran mendapati kehidupan mereka lebih bersemangat berbanding orang yang berpuas hati dengan keadaan sama. Kita akan mendapat inspirasi daripada kisah Jane Congdon. Beliau melepaskan kerjaya yang tidak lagi membahagiakan dirinya. Pada usia 66 tahun, buku beliau yang pertama diterbitkan.

Cari Makna Dalam Kehidupan

Orang yang sudah menemui makna dan tujuan dalam kehidupan mereka adalah orang yang bahagia. Semudah itu sahaja. Kita mungkin menemui tujuan kehidupan dengan cara keluar dari kepompong diri dan memahami sumbangan orang lain. Inilah yang dilakukan Shannon Anderson menerusi 'satu perbuatan baik sehari' Kita dapat membaca kisah bagaimana beliau pada mulanya mengajar keluarganya manfaat melakukan perbuatan baik. Kemudian, beliau memberi inspirasi kepada semua pelajar kelas beliau supaya menulis perbuatan itu ke dalam diari. Semua pelajar seronok melakukan aktiviti itu. 

Cari Ketenangan 

Orang Cina mempunyai sebait madah yang indah. Hanya ketenangan yang kekal. Tidak kira betapa bising dan sibuknya tempat di mana kita berada, pejamkan mata kita hanya untuk momen ini. Bayangkan kita berada jauh di dalam hutan dengan rimbunan pohon hijau yang subur, duduk di atas batu yang berlumut, dan mendengar sayup-sayup bunyi air terjun menjunam turun. Bernafas. Duduk. Lupakan semua kekecohan dalam kehidupan kita. Usah bimbang tentang jadual kita yang padat. Cukup hanya bernafas. Latihan menikmati momen kecil kemungkinan menyebabkan kita berasa lebih dapat mengawal diri dan kurang letih. Kita perlu ingat bahawa rama-rama yang disebut sebagai kebahagiaan tidak akan akan singgah dan berhenti di bahu kita, sekiranya kita sentiasa tergesa-gesa.

Sekian, terima kasih 

Penghargaan kepada Chicken Soup for the Soul: Cipta Kebahagiaan Kita




Comments