Kisah telekomunikasi, motor dan pemasaran.
Ramai yang pernah dengar perkataan 'Movistar', walaupun mungkin separuh daripada yang pernah dengar tu tak tahu pun apa itu Movistar. Yang dia tahu, kalau ada motosikal jenama Yamaha dan ada pelekat Movistar di badan motosikal, dia nampak lebih bergaya... Ala2 Valentino Rossi katanya. Kalau nak tahu, Movistar atau nama penuhnya Telefonica Movistar sebenarnya adalah sebuah syarikat telekomunikasi yang sehingga kini telah beroperasi di 17 buah negara termasuk Sepanyol dan Argentina. Tak seperti syarikat lain yang memilih untuk membuat iklan komersial melalui televisyen dan radio, Movistar memilih cara pemasaran melalui tajaan. Antara yang ditaja ialah pasukan Yamaha (MotoGP) dan pasukan bola sepak Barcelona. Melalui cara ini, jenama Movistar bukan sahaja boleh dikenali di 17 buah negara tempat mereka beroperasi.. Tetapi SELURUH DUNIA!
ONEXOX pula adalah sebuah lagi syarikat telekomunikasi yang beroperasi di Malaysia dan baru berusia 3 tahun. Dengan menjadikan Telefonica Movistar sebagai contoh yang telah berjaya, ONEXOX mengambil pendekatan sama untuk melakukan pemasaran. Hal ini kerana ONEXOX tahu, penajaan bukan sahaja membuatkan jenama lebih dikenali malah dapat menjimatkan kos. Melalui penjimatan kos ini, syarikat boleh menawarkan pelbagai pakej menarik pada harga lebih rendah! Antara yang telah ditaja oleh ONEXOX ialah pasukan TKKR Racing Team (CubPrix) dan pasukan bola sepak JDT. Dan kalau Movistar ada Valentino Rossi, ONEXOX ada Dato' Lee Chong Wei!
credit to Abbas Ismail Khan
Comments
Post a Comment