TEORI DAN ‘HUKUM’ BRAND AWARENESS YANG BUATKAN PELANGGAN GILA DENGAN BISNES ANDA.

TEORI DAN ‘HUKUM’ BRAND AWARENESS YANG BUATKAN PELANGGAN GILA DENGAN BISNES ANDA.
.
.
Antara perkara yang paling penting dalam Kelas IMPI adalah bagaimana nak jadikan pelanggan anda gila dengan bisnes anda dengan sangat cepat, sangat berkesan dan sangat buatkan bisnes anda MEROKET. Salah satu teknik yang cepatkan proses ini adalah melalui BRAND AWARENESS.
.
.
Mengapa BRAND AWARENESS?
.
.
Sebelum menjawab soalan ini, anda terlebih dahulu perlu flashback pada zaman kanak-kanak, remaja dan masa muda dulu ketika anda masih lagi belum kenal erti perniagaan.
.
Cuba anda bayangkan keadaan anda semasa anda kecil, anda dengar suara tawa riang anda ketika kecil, anda rasa suasana ketika anda dalam keadaan kanak-kanak. Waktu itu, cuba anda bilang berapa kali anda tengok iklan MILO? Ketika itu berapa kali anda lihat iklan Maggi? Anda boleh kira?
.
.
Haa, berapa kali? Kan tak terbilang dek akal berapa kali kan iklan dia keluar. Yang pasti kita tahu hari-hari keluar tanpa henti dan bilangan dalam masa sehari sangat banyak. Itulah proses BRAND AWARENESS. Hasilnya, sampai sekarang anda dah berkeluarga pun masih beli MILO, sampai sekarang masih order MILO kat mana kedai. Itulah penangan proses BRAND AWARENESS.
.
.
BRAND AWARENESS adalah proses menanam Jenama atau Brand anda ke dalam minda manusia, minda separa sedar. Prosesnya nampak seperti biasa tapi efeknya sangat luar biasa.
.
.
Zaman dulu, ketika internet masih sangat baru dan belum lagi trending, macamana proses BRAND AWARENESS berlaku?
.
.
Dalam kes MILO, proses BRAND AWARENESS berlaku secara offline. Iklan MILO tak putus keluar di Televisyen, Radio, Surat Khabar, Majalah Sukan, Lori MILO ke seluruh sekolah di Malaysia dengan bawa mesej minum MILO anda boleh jadi sihat dan kuat.
.
Cuba anda bayangkan, berapa tahun iklan ni keluar di semua saluran media offline ketika tu? Sebab itu mak ayah kita dulu belikan kita MILO dan sekarang kita pula berikan pada anak-anak kita MILO.
.
.
MILO adalah contoh yang paling klasik dan paling terbukti berjaya dalam BRAND AWARENESS. Sebabnya kita semua adalah hasil generasi yang ditunjukkan iklannya tanpa henti dan tanpa gagal. Tapi MILO adalah jenama yang dulu mulanya kecil dan sekarang sangat besar. Berapa kos yang marketing yang dia dah laburkan untuk kekal hebat hingga hari ni?
.
.
Jawapannya sudah pasti usahawan atau bisnes baru nak up #bbnu tak dapat nak tandingi. Itu masalah usahawan yang paling utama kenapa bisnes atau jenama sendiri tidak kekal dalam pasaran untuk bertahun lamanya.
.
Dan masalah ini terus menghantui segenap usahawan. Ramai usahawan hari ini, buat produk, buat servis dan buat marketing, tapi disebabkan tidak ada ilmu yang betul atau ilmu yang diajarkan kepadanya adalah ilmu yang salah, akhirnya bisnes dia tetap bungkus. Soalnya samada cepat atau lambat je bungkus.
.
.
Keadaan ini sangat kritikal. Kita pun boleh lihat jenama yang dulunya besar tapi sekarang tidak wujud lagi jenama tu. Apatah lagi untuk bisnes baru nak up #bbnu.  


Najib Asaddok


Comments