TIPS BINA KEWANGAN SELEPAS POKAI BERAYA

Tips Bina Kewangan Selepas Pokai Beraya
.
.
Ramai di antara kita yang selesai sahaja cuti hari raya, akan mulai sedar dan risau dengan keadaan kewangan sendiri. Takut dengan kenyataan baki simpanan yang ada hanya cukup-cukup untuk menghadapi sampai akhir bulan atau lebih menakutkan lagi yang tiada baki langsung walau untuk perbelanjaan harian diri sendiri.
Tidak dinafikan, bahawa antara kemeriahan hari raya di samping berjumpa dan bermaafan sesama sanak saudara, ia masih berkait dengan betapa meriahnya kita berbelanja dalam menyediakan persiapan bagi menyambut hari mulia ini. Sebenarnya, berbelanja bukanlah masalah di sini tetapi tabiat berbelanja tanpa perancangan sememangnya akan memberi impak ke dalam hidup anda tak kiralah pada musim apa sekalipun.
Namun perbelanjaan sebelum Syawal sehinggalah tibanya hari raya itu sendiri berlarutan tanpa perancangan yang sudah menjadi lumrah dalam budaya kita bila sebut saja hari raya, berbelanja dengan berlebihan adalah satu kebiasaan. Duit keluar bagaikan air mengalir dari tangki yang bocor tanpa henti. Sikap tidak ambil peduli, raya setahun sekali dan bermacam-macam lagi alasan yang kita guna untuk menyokong sikap boros ini yang akhirnya bakal menyusahkan kita
Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang berkongsi situasi begini, mungkin tips-tips yang bakal kami kongsikan dapat membantu anda untuk kembali membina kewangan anda selepas musim-musim perayaan ini.
.
Mula berniaga secara online barangan ‘pre-loved’.
Poket mungkin dah kering akibat perbelanjaan yang tinggi dan tanpa persediaan awal untuk menyambut Syawal. Antara banyak-banyak barangan yang anda beli untuk persediaan Syawal, ada tak yang anda rasa tidak sesuai untuk anda, atau yang anda rasa tidak begitu memerlukan? Atau anda mungkin ada barangan terpakai yang masih sangat elok kondisinya yang mungkin anda boleh jual secara online sebagai barangan ‘pre-loved’. Tak banyak sikit, mungkin dapat juga bantu anda untuk tunggu gaji yang akan datang.
.
Rekod setiap perbelanjaan harian anda.
Tak kisahlah besar atau kecil, yang penting semuanya direkodkan di satu tempat. Dengan kelebihan zaman sekarang, anda boleh menggunakan beberapa sistem aplikasi dari telefon pintar anda sendiri untuk menyimpan dan mengakses kembali corak perbelanjaan anda. Dari sini, anda dapat mengenal pasti di mana pembaziran itu berlaku dan boleh di elakkan di masa akan datang.
.
Tentukan keperluan dan kehendak.
Ini adalah sikap yang paling penting untuk anda membina kewangan dengan lebih bijak. Sekiranya anda dapat mendidik dan mengawal diri anda dalam membezakan kepentingan keperluan dan kehendak anda, wang anda akan dibelanjakan dengan lebih bermanfaat dan anda sendiri akan mempunyai lebihan wang di akhir bulan nanti, malah anda boleh menggunakan lebihan ini sebagai simpanan sebaliknya. Dengan duit yang dah nak kering ‘ni, anda perlu pandai pastikan yang mana yang lebih perlu.
.
oleh Azizan Osman pada 27 June 2017
#TeamRichworks #ResultMatters

Comments