PESANAN KEPADA SIAPA YANG NAK CARI ATAU TAMBAH TEAM DROPSHIP & AGENT

PESANAN KEPADA SIAPA YANG NAK CARI ATAU TAMBAH TEAM DROPSHIP & AGENT

"Sis, macam mana saya nak tambah lagi team dropship & agent saya?"

"Kenapa nak cari team dropship & agent? Apa niat awak?"

"Supaya stok habis cepat, jualan masuk laju, semua pun lah laju"

Saya selalu dapat pertanyaan macam di atas ni kat pm. Ni saya nak pesan benda penting ni katsemua.

BETULKAN NIAT untuk membantu - niat tu dari dalan hati ye, kalau setakat cakap-cakap atau copywriting, semua orang pun boleh buat. Jadi, bantulah betul-betul.

TEAM itu AMANAH
Amanah itu TANGGUNGJAWAB

Bila dah mula jalankan tanggungjawab membantu team, teruskanlah membantu, JANGAN BERHENTI IKUT TEKAK AWAK JE.

TEAM BUKAN JAMBATAN untuk awak ke seberang. Lepas awak dah sampai, awak dah tak kisah apa nak jadi kat jambatan tu nak roboh ke nak mereput ke, asalkan awak dah lepas dah.

Mereka masih perlukan awak. Awak timbangrasa lah sikit.

Kalau niat nak tambah team dropship & agent semata nak lariskan jualan je, fikir-fikirkanlah semula. Takut-takutlah sikit balasan Allah dikemudian hari.

Nauzubillahiminzalik.
Saya pesan & nasihat kepada AWAK
& Saya juga sedang berada di tempat AWAK untuk dengar nasihat ini.

Boleh SHARE untuk peringatan ini untuk diri sendiri, kerana yang paling dekat dengan kita pun bukan lah orang lain, tapi adalah diri sendiri.

#bebelanainakib

oleh Shafiq Latif


Comments