TIPS BUKA RESTORAN

Kalau tiada ilmu jangan nak ‘try-test’ buka restoran. Lesap semuanya nanti. Orang yang cenderung buka restoran kerana ada duit, kemungkinan besar akan kecundang sebelum 3 tahun (restorannya hidup segan mati tak mahu atau tutup terus), apalagi jenis manusia yang tak mahu belajar.
Kenapa saya kata begitu? Saya nak cerita sikit tentang pengalaman dan pemerhatian saya yang menjadikan perkara ini terjadi.


1. Modal.
Buka restoran modalnya besar. Bajet renovasi dan peralatan mungkin selesai tetapi bajet lain ada sediakan? Termasuklah bajet rolling untuk 6 bulan survive. Bajet promosi dan marketing belum masuk lagi.
2. Towkey Lepas Tangan.
Biasanya orang yang berduit buka restoran akan delivery banyak benda kepada ‘orang harapan’ untuk aturkan segalanya. Mungkin towkey ambil tugas dalam pembelian (kononnya control dan jaga bajet). Perkara lain dia tak jaga.
3. Tidak Sediakan ‘Cara Kerja’ Atau SOP.
Semua main sekali arah sahaja. Kalau dapat pekerja berpengalaman mungkin OK sikit tetapi apabila dapat orang baru, letih mengajarnya dan banyak pembaziran tenaga dan waktu berlaku.
4. Tamak.
Bisnes restoran tak perlu tamak sangat, bila dah dikuasai benda ini, bersedialah untuk menanggung risiko. Tamak yang macam mana? Boleh jadi nak sediakan semua lauk.
Menu ala carte ada, buffet pun ada. Semua nak sedia. Mungkin juga dia buat 2+1. Restoran dibuka, katering diambil tetapi tim tak kuat.
5. Terlampau Bercita-Cita.
Kebanyakan orang berduit ini jenis yang bercita-cita dan bernafsu besar. Apabila restorannya sudah mulai tumbuh mekar datanglah ‘idea’ hendak buka cawangan baru lagi. Tak salah, tapi tanya diri dulu. Bersediakah saya?
6. Tak ‘Upgrade’ Ilmu.
Ini antara penyakit paling banyak saya temui. Tanpa ilmu, pengetahuan kita setakat yang kita tahu dan belajar saja sedangkan ilmu pengurusan restoran ini luas dan kena ‘upgrade’-kan selalu.
Bila ilmu sampai batas siling anda kena tambah lagi atau gajikan orang yang lebih pengetahuannya dari anda.
Okay.
Rasa lega bila bacanya dan membantu persediaan buka restoran anda nanti?
Simpan nota ini dalam minda anda atau share supaya orang lain pun boleh membacanya.

Comments